Tiga kali dipatuk ular, Salman Khan tetap ‘gigih’ rai hari jadi ke-56 tahun

Dari Penulis

BINTANG terkenal Bollywood, Salman Khan telah dipatuk seekor ular dan dikejarkan ke Hospital Kamothe, Navi Mumbai pada malam Sabtu lalu.

Kejadian ngeri itu berlaku apabila pelakon Bajrangi Bhaijaan ini cuba untuk mengeluarkan ular tersebut daripada rumah ladangnya di kawasan Panvel berhampiran Navi Mumbai.

“Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakan kayu, ia menjalar ke tangan saya.

“Dan ketika cuba menangkapnya, ia mematuk saya sebanyak tiga kali,” kata Salman memetik laporan India Today.

Bagaimanapun, pelakon berusia 56 tahun itu dibenarkaan keluar dari hospital selepas enam jam menerima rawatan ‘anti venom’ ular.

Menurut doktor yang merawat Salman iaitu Dr Kuldeep Salgotra, tahap kesihatan pelakon tersebut berada dalam keadaan baik.

“Dua pasukan doktor bersama Salman Khan dan kesihatannya juga baik-baik saja,” ujarnya.

Menariknya, pada malam kejadian tersebut, Salman tetap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56 bersama keluarga tercinta.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This