Lesen percuma peniaga kecil di ibu kota diteruskan hingga Jun

Dari Penulis

TEMPOH lesen percuma melalui Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dijadual tamat 31 Dis ini dilanjutkan hingga Jun tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata keputusan itu dibuat bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di bawah skim tersebut memandangkan negara masih berdepan ancaman COVID-19 dan cabaran ekonomi. 

“Walaupun harga dikenakan untuk pembaharuan lesen ini tidak tinggi tetapi sedikit sebanyak inisiatif Wilayah Bebas Berniaga diharap dapat membantu meringankan beban peniaga,” katanya kepada Bernama semasa menghadiri Mesyuarat Agong Pemilihan Kali Ke-14 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini. 

Beliau turut mengingatkan peniaga agar mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan serta tidak berniaga di lokasi yang boleh mengganggu laluan dan ketenteraman awam. 

Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenal pada 15 Nov tahun lepas bagi membolehkan orang ramai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai secara percuma.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

RTM mohon maaf gangguan siaran aksi Perancis-Senegal di RTMKlik

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf kepada penonton susulan gangguan teknikal yang menjejaskan siaran langsung separuh masa pertama perlawanan...

More Articles Like This