“DALAM keadaan ramai rakyat berdepan kesulitan akibat bencana banjir, mereka tidak sudah-sudah dengan politik kotor dan jijik.”
Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas tular gambarnya dilihat memikul barang keperluan yang didakwa untuk diberikan kepada mangsa banjir, minggu lalu.
Ahmad Zahid menjelaskan, gambar yang tular itu adalah gambar lama dirakam semasa banjir melanda Pahang pada 7 Januari tahun ini.
Namun begitu, kata beliau, gambar lama itu telah digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaitkan dengan rawatan sakit belakang serta leher yang diterimanya di Munich, Jerman, baru-baru ini.
“Ini fitnah terbaharu dilemparkan dengan jelas niat untuk memburukkan nama saya.
“Dakyah mereka saya baru selesai menjalani rawatan tetapi sudah berupaya memikul barangan berat untuk mangsa banjir pada minggu lalu.
“Dalam keadaan ramai rakyat berdepan kesulitan akibat bencana banjir, mereka tidak sudah-sudah dengan politik kotor dan jijik,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Ahmad Zahid tak sihat, perbicaraan tangguh 3 Februari
Ahmad Zahid turut menasihatkan pihak tidak bertanggungjawab supaya menghentikan politik nista dalam keadaan rakyat yang sedang memerlukan bantuan.
“Nampak gaya mereka ini masih tidak serik-serik untuk menipu dan memperdaya rakyat Malaysia.
“Bersama kita abaikan mereka ini dan teruskan usaha-usaha menolong rakyat.
“Semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk kepada mereka yang suka menabur fitnah agar kembali bertaubat atas perbuatannya,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

