
Salam Sabtu, semua. Kalau artikel Sis keluar tepat pada masanya, kita telah melangkah masuk ke tahun yang baharu ketika korang baca penulisan Sis ini. Kita semua sudah tua setahun – tak payah nak kira tarikh lahir sangat, sama sama kita makin berkedut.
Disebabkan pandemik kita ni, takda lah pertunjukan bunga api kat KLCC dan sambutan-sambutan yang boleh dijalankan. Kalau tak nanti sampai 2025 pun tak lepas lah kita dari COVID ni dan kita semua tahu yang negara kita takkan mampu untuk lalui lockdown sepenuhnya sekali lagi. Jadi Sis minta semua tolong cerdik alang-alang nak masuk 2022.
Percaya atau tidak, kita dah lalui gelombang COVID-19 ni dah dua tahun – dua tahun pakai mask, dua tahun pakai sarung tangan kat Jaya Grocer, dua tahun check-in pakai MySejahtera.
Kita semua patut dapat piala ke apa sebab pandemik ni bukan sahaja memakan duit kita tapi juga kesihatan diri kita sendiri dan itu adalah satu benda yang sangat susah untuk pulih.
Sehingga sekarang masih ramai lagi yang murung atau trauma sebab pandemik, tambah lagi dengan Omicron, dunia ni serba tak berbeza walaupun ramai dah vaksin. Jadi kenapa kita masih hidup macam ni? Tahun 2022 ni dah nampak macam takda beza.
Sis tahu mesti ada yang bersemangat, mengharapkan tahun baharu menjadi nafas baharu. Kita letakkan azam siap-siap nak ubahkan hidup macam mana, siap ada planner lagi… nak buat apa sampai hujung tahun tapi setengah daripada kitaorang ni tak nampak apa cahaya kat 2022.
Pandemik pada 2022 tak boleh dijangka
Bab-bab COVID ni susah nak agak hidup kita akan macam mana. Kalau korang selalu baca kes-kes COVID atau aspek Saintifik sel-sel COVID, korang akan tahu…hanya dengan vaksin kita boleh elak mutasi varian baru.
Sebabnya dunia ni masih ada lagi manusia rasa hak dorang untuk tak ambil vaksin, usaha pihak berkuasa nak jaga kes-kes COVID ni makin susah.
Ye, betul yang ada vaksin pun boleh kena jangkit dengan Omicron tapi Dr. Jerome Kim dari WHO kata yang setakat ini, vaksin boleh kurangkan risiko untuk kita dapat Omicron dan ubat-ubat dorang bagi tu semua berfungsi jadi vaksin tu masih PENTING dan RELEVAN.
Dah banyak kali WHO suruh negara-negara ajak rakyat dorang vaksin sebab berdasarkan kajian yang mereka buat, kalau banyak negara imun dengan COVID, lagi susah lah dia nak merebak dan lagi susah untuk sel-sel tu berganda jadi lagi senang nak kawal.
Kalau dah senang kawal, nanti bolehlah kita perlahan-lahan hidup macam dulu balik. Tapi tak pa lah, tak nak cucuk sudah, duduk rumah aje.
COVID satu benda kita tak boleh kawal sebab virus tu bukannya boleh dipujuk untuk suruh dia kurangkan mutasi tapi manusia walaupun kita boleh pujuk masih susah nak ajak dia pergi cucuk. J adi disebabkan kita tak boleh kawal dunia, kita kena jaga diri kita sendiri.
Tak boleh ubah dunia, kita ubah diri kita
Untuk tahun 2022, Sis nak ajak korang jadi optimistik. Apa kata kita ubah cara kita hidup?
Agak cliche lah nak cakap macam tu tapi dah kalau korang tahu susah nak ubah dunia, kenapa tak nak memperbaiki diri sendiri? Sekurang-kurangnya dunia ini nampak lainlah sikit kalau korang berkembang menjadi ORANG lain.
Sis rasa masa 2020 dan 2021, ramai penat sebab tak boleh nak kawal hidup korang macam mana. Dah rasa macam dah seimbang, tetiba kes naik lah, varian baharu lah, tempat korang kerja tu tetiba makin tak stabil – rasa macam makin ke belakang setiap kali korang ambik langkah ke depan.
Benda yang kita tak boleh kawal menambahkan kita satu beban yang kita tak patut ada pun tapi cara kita hidup mungkin membantu diri kita melegakan tekanan tu.
Banyak kajian kata yang kalau kita ada hobi, kita boleh kurangkan stress. Masa awal-awal pandemik, Sis tengok ramai yang tanam pokok lah, melukis lah. Ada yang mula bersenam sebab nak jaga badan, tapi lama-lama jadi hobi.
Mungkin untuk tahun ni, korang boleh mencari hobi baru? Kayak ke? Alang-alang dah musim – sediakan bot sebelum hujan.
Kita kena keluar dari kepompong yang menghalang daripada kehidupan lebih baik. Korang boleh juga cuba buat kawan baharu. Kadang-kadang bila kita duduk dengan orang sama je, kita tak boleh nak tengok benda dengan perspektif berbeza.
Sis tak suruh korang buang kawan, tidak tapi mungkin kawan baharu boleh buat mata korang lebih luas, buat korang nak cuba benda yang korang tak pernah cuba dan buat korang rasa macam ada nyawa.
Buang Yang Keruh, Ambil yang Jernih
Tahun 2022 ni Sis harap manusia banyak tukar perspektif tapi ada juga benda yang Sis harap akan kekal – semangat untuk terus hidup dalam dunia yang serba huru-hara.
Dua tahun yang sebelum ini mungkin membuatkan korang kurang semangat untuk bangun tidur setiap pagi. Kerja takda, belajar tak seronok tapi kalau korang dapat baca artikel Sis ni, tengok tu. Korang berjaya apa?
Hidup ni mungkin banyak dugaan dia, tapi korang sentiasa ada peluang untuk menebus balik dan biarlah 2022 ni, menjadi tahun yang memberikan korang sebuah buku kosong, satu nafas lain.
Tahun baharu, nafas baharu.. kot.
Sama-sama kita berjuang untuk 2022. Selamat Tahun Baharu Semua.
- Penulis adalah graduan Kewartawanan UiTM

