Bandi Amuk tersingkir di minggu ketujuh GV8, terbatal niat mahu buka topeng

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Bandi Amuk menjadi mangsa penyingkiran seterusnya bagi minggu ketujuh program realiti Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berlangsung malam semalam (Ahad).

Mengakui tidak sedih dengan penyingkiran itu, Bandi tetap positif dan menerima perjuangannya terhenti di separuh jalan.

“Saya tak kisah pun sebab saya sudah berikan yang terbaik dan apa yang termampu.

“Saya tidak bersedih dengan penyingkiran ini kerana saya tahu di mana tahap keupayaan saya.

“Saya tetap dengan prinsip dan berpendapat mungkin saya tidak sesuai menyanyikan dengan ton (suara) yang bukan-bukan. Tapi tak bermakna saya tak boleh buat…cuma sudah lama saya tinggalkan (tidak menyanyi),” katanya.

Tambah Bandi atau Nasabandi Jumat, dia bersetuju dengan komen yang diberikan oleh juri tetap Datuk Ramli MS tentang kualiti suara dan persembahannya.

“Saya bersetuju dan menyokong dengan apa yang juri komen tentang suara dan persembahan saya.

“Lagipun saya menganggap Tok Ram (Ramli MS) sebagai kilang ilmu. Saya bersetuju dengan keputusannya dan dia yang mengajar saya untuk menjadi lebih bagus.

“Kalau duduk dengan dia, saya dah anggap seperti bapa saya sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, hasrat Bandi sebelum ini yang akan membuka topeng sekiranya layak ke pentas akhir GV8 nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.

“Saya tak umpan apa-apa, saya memang ada pasang niat kalau berada di top 3 sebagai hadiah kepada peminat yang sudah lama menyokong saya. Tapi Allah tidak mengizinkan.

“Mungkin hanya sampai di tahap ini saja… jadi niat itu terkubur. GV sebuah program besar dan kalau nak buat sesuatu biarlah semua orang tahu siapa saya.

“Tapi selepas menyatakan hasrat untuk membuka topeng, ramai yang marah dan minta jangan buka. Buat apa nak gadaikan aset saya, ini ‘trademark’ saya sejak sekian lama. Jadi saya pun terfikir balik,” luahnya.

Bandi mendapat markah paling rendah iaitu 53.8% selepas kumpulan duo Sa.Ya yang mengutip markah 54%.

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This