Aliff Aziz terkejut tapi syukur sempat melihat wajah arwah Adibah Noor buat kali terakhir

Dari Penulis

PEMERGIAN selebriti terkenal tanah air, Adibah Nor sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam di hati setiap rakan artis termasuklah Aliff Aziz yang sempat melihat wajah Allahyarham sebelum diusung memasuki van jenazah.

Menurut Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz, dia mendapat tahu perkhabaran itu semasa sedang menjalani penggambaran di Cyberjaya namun terus bergegas ke Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur untuk memberi penghormatan yang terakhir buat selebriti serba boleh itu.

Pelantun lagu Sayang Sayang itu juga memberitahu dia terkejut apabila mendapat tahu penyakit yang dirahsiakan oleh arwah dan bersyukur sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.

Masa dapat berita, saya tengah menjalani penggambaran di Cyberjaya. Saya memang tak percaya. Nak terangkan perasaan masa tau berita itu betul, susah nak terangkan.’My heart sank so deeply’.

“Saya tak tahu (fasal kanser ovari). Mungkin itu yang tambah terkejut. Biarpun kelam kabut datang ke hospital tetapi alhamdulillah, Allah izikan saya dapat tengok (wajah) dan usung ke van jenazah”

‘Waktu abang (individu yang buka) membuka untuk tengok, ia sangat menyayat hati (it was heartbreaking). Arwah memilih untuk merahsiakan sebab dia tak nak orang lain risau,” ujarnya memetik Ohbulan.

Aliff yang juga juara Gegar Vaganza musim ke-8 meluahkan keperibadian penyanyi lagu Haruskah Terpisah Akhirnya itu semasa mereka bersama-sama berentap di pentas GV8 dahulu.

“Arwah sangat tegas tetapi ‘caring’. Dia seorang yang berdikari. Tinggal bersama kucing-kucing peliharaannya. Dalam GV8, dia banyak tolong peserta dalam bertutur bahasa Inggeris,” luahnya.

Suami kepada pelakon cantik, Bella Astillah itu juga ingin menjadikan pemergian Allahyarham Adibah sebagai satu peringatan buat dirinya dan orang lain juga agar sentiasa mengingati tentang kematian kerana ia boleh datang menjemput bila-bila masa sahaja.

“Saya mendoakan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan menjadi peringatan bagi diri kita. Saya ambil iktibar. Satu hari nanti, gambar kita pula yang akan dibuat poster takziah. Bila tu Allahu a’lam.” ulasnya lagi.

Untuk rekod, Allahyarham Adibah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur semalam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sebelum solat Zohor hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This