Kongsi gambar imbasan ultrabunyi, Elisya Sandha hamil anak pertama?

Dari Penulis

PELAKON anggun, Elisya Sandha, 22, berkongsi sebuah video pendek yang memaparkan imbasan sepanjang tahun 2021 di Instagramnya dan perkongsian itu telah menimbulkan tanda tanya daripada para peminat.

Menerusi video pendek yang berkapsyen ‘syukur alhamdulilah untuk segalanya, setelah melalui segala turun dan naik, saya bersyukur,’ itu terdapat beberapa keping gambar dia bersama suami dan keluarganya.

Apa yang menarik perhatian netizen, terdapat sekeping gambar imbasan ultrabunyi yang diselitkan dalam video berkenaan dan rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Elisya di ruangan komen.

Bagaimanapun, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang respon berkaitan dengan berita kehamilan tersebut.

Elisya Sandha selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya, Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada penerbit terkenal, Sheila Rusly pada 21 Ogos 2021 di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This