Elisya Sandha bergelar ibu, selamat bersalin bayi perempuan

Dari Penulis

SELEBRITI Elisya Sandha selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 8:40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Ampang. 

Memetik laporan BH Online, berita gembira itu disahkan oleh ibunya iaitu Hatijah Teh Man. 

Difahamkan, berat bayi perempuan kepada Elisya dan Uzair Haqimy, 26, ialah 3.25 kilogram (kg)

“Alhamdulillah, Elisya sudah selamat melahirkan anak sulung berat 3.25 kilogram (kg). Keadaan Elisya dan cucu, semua baik,” katanya.

Elisya atau nama penuh, Nur Elisya Sandha Hassan turut memberitahu bahawa dia dan suaminya sudah mempunyai nama buat puteri mereka yang dipilih ibu mentuanya yang juga merupakan pelakon dan pengacara terkenal, Sheila Rusly.

“Ibu bermimpi mengenai nama ketika saya hamil lima bulan. Jadi, beliau minta izin hendak beri nama untuk cucu pertamanya itu. Saya dan suami fikir nama itu sesuai.

“Apa yang saya boleh katakan, nama anak kami ada gabungan nama saya dan suami,” ujarnya. 

Untuk rekod, Elisya yang merupakan adik kepada aktres Fasha Sandha itu mendirikan rumah tangga dengan Uzair pada 21 Ogos tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This