AKHIRNYA penantian peminat muzik tanah air berakhir selepas keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 36 diumumkan pada malam ini.
Muzik Muzik 36 Separuh Akhir dimeriahkan oleh NOIR Where Beauty Blossom sebagai penaja utama dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, 30 buah lagu telah bersaing di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir yang bersiaran secara langsung pada 31 Disember 2021 dan semalam dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam.
Episod pertama diserikan dengan persembahan istimewa daripada Zynakal, Lia Aziz, Asyraf Nasir, Muss dan Drama Band manakala episod kedua dirancakkan dengan nyanyian hebat daripada Margaswata (Yang Asli), Estranged (Itu Kamu), dan juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga iaitu Syafeek dan Zazo (medley Haram/Bagai Cahaya).
Barisan juri profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai Datuk Mokhzani Ismail dan disertai oleh Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.
Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka dalam kedua-dua episod separuh akhir ini dengan mengimbas QR Code yang tertera sewaktu siaran langsung.
Lagu Nafas Cinta nyanyian Misha Omar dinobatkan sebagai Pemenang Lagu Pilihan Noir yang diumumkan di hujung rancangan semalam. Misha memenangi set eksklusif Noir dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.00.
Berikut 12 lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu ke-36 :
MIMPI – HAQIEM RUSLI
KOMPOSER : HAQIEM RUSLI & DATUK A.AIDA
LIRIK : HAQIEM RUSLI & DATUK A.AIDA
SEPI – AINA ABDUL
KOMPOSER: AINA ABDUL
LIRIK : AINA ABDUL & WAN ZAKARIA
NAFAS CINTA – KHAI BAHAR & AINA ABDUL
KOMPOSER: KHAI BAHAR & AINA ABDUL
LIRIK: AINA ABDUL & WAN ZAKARIA
BONEKA – ERNIE ZAKRI
KOMPOSER : OMAR K, IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT
LIRIK : OMAR K, IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT
PURNAMA – NAIM DANIEL
KOMPOSER: AMZAR RAZQA & NAIM DANIEL
LIRIK: AMZAR RAZQA
PELUKAN ANGKASA – SOG X SHILA AMZAH
KOMPOSER: RAJA NAZRIN SHAH
LIRIK: FAZLEENA HISHAMUDDIN
INTAN PAYUNG – NORANIZA IDRIS & BUNGA
KOMPOSER: LUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQA
LIRIK: BUNGA & SIQMA
SALAHKU – YONNYBOII
KOMPOSER: YONNYBOII
LIRIK: YONNYBOII
AEWO – SHIHA ZIKIR FT NOKI
KOMPOSER: EZRA KONG
LIRIK: EZRA KONG & NOKI
LARA – HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI
KOMPOSER: HAEL HUSAINI & MFMF
LIRIK: HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI
ANGKARA – SITI NORDIANA
KOMPOSER: SHARON PAUL
LIRIK: FEDTRI YAHYA & NANA ALIAS
CINTA – MARSHA MILAN
KOMPOSER: BUNGA CANTIK & HANG NADIM
LIRIK: HANG NADIM

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

