SEBUAH tongkang yang tersadai di Pantai Melawi, Bachok telah pun dituntut pemiliknya yang berpangkalan di Singapura.
Memetik laporan BH Online, tongkang bernilai RM6 juta itu dituntut syarikat Miccennium Marine Shipping menerusi agensi perkapalan, Jassari Sdn. Bhd., semalam.
Pengurus Jassari, M. Fakrul Razzi Muhammad memaklumkan, dua bot telah menunda tongkang tersebut, namun satu daripadanya mengalami kerosakan enjin.
Susulan kejadian itu, M. Fakrul Razzi berkata, pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Jelawat.
“Keadaan laut bergelora dengan kelajuan angin mencecah 37 knot cukup bahaya untuk melakukan kerja menunda.
“Kru terpaksa memotong tali tongkang bagi mengelakkan insiden lebih buruk berlaku,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Baca artikel berkaitan: Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu, Kelantan meningkat
Jumaat lalu, pasukan Task Force Op COVID-19 (Bravo 8) menemui tongkang terbabit ketika melakukan rondaan di pantai berkenaan.
Tongkang dengan tulisan MMS 009 SC 4726 itu ditemui pada jam 5.30 petang.
Sementara itu, M Fakrul Razzi berkata, kesemua tujuh kru yang terbabit dalam kerja menunda selamat berlabuh di jeti Ship Yard, Semerak, Pasir Puteh.
“Kita akan tunda keluar tongkang ini dan pemiliknya akan putuskan sama ada nak bawa kembali ke Singapura atau digerakkan ke Songkla, Thailand,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

