28,287 mangsa banjir telah terima BWI – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 28,287 mangsa bencana banjir seluruh negara telah pun menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, mangsa banjir yang masih belum mendaftar atau menerima bantuan BWI itu boleh menghubungi pegawai daerah dengan segera.

“Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 28,287 mangsa bencana banjir telah menerima BWI.

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi pegawai daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,” katanya dalam ciapan berkenaan.

Sebelum ini, Ismail Sabri dalam hantaran di Facebook memaklumkan usaha untuk mengesan mangsa banjir yang belum lagi berdaftar sedang giat dijalankan bagi memastikan BWI dapat disalurkan segera.

Baca artikel berkaitan: Tidak perlu keluar KWSP, mangsa banjir boleh dapat bantuan tunai sehingga RM10,000 – PM

Usaha tersebut sedang dilaksanakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri memaklumkan, tiga kaedah yang digunakan bagi penyaluran BWI bakal mempermudah urusan dengan lebih efektif dan pantas.

19 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan Persekutuan bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.

Katanya, bantuan itu akan disegerakan mengambil kira keadaan banjir teruk yang melanda.

Dalam perutusan khas sempena sambutan Tahun Baharu 2022, Ismail Sabri memaklumkan, mangsa banjir di seluruh negara yang terjejas boleh mendapat bantuan tunai sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR).

Ismail Sabri pada masa sama turut mengumumkan bantuan wang tunai RM2,500 untuk pembelian barangan keperluan serta bantuan membina rumah baharu sehingga RM56,000.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This