Dua kru diselamatkan apabila tongkang mereka karam akibat cuaca buruk di Pulau Kuraman, Labuan, pagi semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan Kepten Nudin Jusoh berkata kejadian berlaku ketika tongkang dinaiki kedua-dua lelaki berusia 43 dan 57 tahun itu sedang mengangkut air mentah ke sebuah kapal.
Beliau berkata ketika anggota APMM menghampiri lokasi kejadian, tekong bot kargo yang berusia 30 tahun dan dua krunya berusia 32 dan 39 tahun sedang menyelamatkan kru tongkang terbabit pada 4 pagi.
Baca artikel berkaitan : Dua nelayan masih hilang selepas bot karam di Batu Pahat
“Anggota APMM kemudian menunda bot kargo bersama tekong dan kesemua kru berkenaan ke Jeti APMM dengan selamat,” katanya kepada Bernama hari ini.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

