‘Aku nak cari balik la cikgu aku suka’ usik netizen selepas lihat guru bertemu jodoh dengan bekas murid

Dari Penulis

PERKAHWINAN di antara guru dan murid bukanlah sesuatu perkara yang baharu, malah jarak usia bukan lagi satu penghalang untuk menjalin hubungan cinta sehingga ke jinjang pelamin.

Tidak terkecuali, Nurhanis Zahidah Hashim, 34, seorang guru muzik dipertemukan jodoh dengan bekas anak muridnya, Muhammad Hazim Zainal, 23, selepas empat tahun terputus hubungan.

Mereka berdua selamat disatukan pada 10 Disember lalu di Masjid Taman Rinting, Johor, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Menurut Hanis, pada awalnya dia hanya berniat untuk mengimbas kembali kenangan indah sewaktu awal perkenalan bersama suaminya dan tidak menyangka video itu menjadi tular.

Ahli keluarga pengantin

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh @Anieshashim itu mendapat lebih 600,000 kali tontonan daripada warganet dan rata-rata kagum dengan percintaan mereka walaupun jurang usia 11 tahun.

Menceritakan kembali, Hanis berkata, dia mengenali Hazim semasa dia menjadi seorang guru muzik yang melatih kumpulan muzik suaminya dan pada ketika itu, dia hanya menganggap suaminya sebagai seorang murid.

Dikatakan jodoh itu tidak ke mana, Hanis bertemu kembali suaminya selepas empat tahun dalam satu majlis “reunion” pada Disember 2020.

@anieshashim

Jodoh Allah itu sememangnya tak pernah dapat kita duga. Allah aturkan adalah yang terbaik buat hambaNya. May Allah ease me on my 2nd marriage ??

? This to this – Hisokaswildcard?????

Baca artikel berkaitan: Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder, kata ahli keluarga

Katanya, ketika itu, Hazim sudah maklum mengetahui dirinya adalah seorang ibu tunggal.

Cinta mula berputik apabila dia melihat Hazim adalah seorang lelaki yang sangat matang dan tidak seperti lelaki yang seusia dengannya.

Bahkan, suaminya itu memberanikan diri dengan meluahkan rasa cintanya dan mahu bawa hubungan mereka ke jinjang pelamin.

“Lepas dia tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016, saya tidak berhubung dengan dia di media sosial.

“Pada bulan Jun 2021, dia minta izin dengan saya, dia tak nak anggap saya sebagai cikgu. Dia nak kenal saya secara mendalam walaupun dia tahu beza umur kami sangat jauh. Saya pun terima,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Tambah Hanis lagi, walaupun sebelum ini dia pernah gagal dalam perkahwinannya yang pertama dan dikurniakan dua orang cahaya mata, suaminya itu menerima dia seadanya.

Difahamkan, Hazim sudah menamatkan pengajian peringkat diploma dan kini sudah bekerja sebagai penyelenggaraan mekanik.

Sementara itu, tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati, warganet sempat berseloroh dan menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

“So, perempuan yang menanti jodoh, sabar. Calon suami belum habis spm. Jaga diri jaga hati,” gurau @Sanjie.

“Kalau macam ni aku nak cari balik la cikgu aku suka,” ujar @Tengkurayyanmikael.

“Semoga bahagia ke syurga Allah,” doa @Ryanxorcaz.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This