Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Eksekutif Kewangan TH

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan Mustakim Mohamad sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan yang baharu berkuat kuasa 16 Disember lalu.

Mustakim sebelum ini telah memangku jawatan Ketua Pegawai Kewangan susulan peletakan jawatan Datuk Merina Abu Tahir.

Sebelum dilantik selaku Pengarah Eksekutif Kewangan, Mustakim merupakan Pengarah Eksekutif Operasi dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH pada Ogos 2018 sehingga April 2020.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pelantikan Mustakim itu setelah mengambil kira pengalaman yang telah berkhidmat lebih 18 tahun di syarikat tersebut.

Menurut beliau, ia termasuk pengalaman dalam bidang pengurusan kewangan, pelaburan dan juga operasi.

“Pihak pengurusan yakin kepakaran beliau dapat mengukuhkan lagi pentadbiran kewangan sekali gus membantu Kumpulan TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar berikutan kesan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tabung Haji peruntuk RM1.6 juta bantu mangsa banjir

Mustakim merupakan lulusan Sarjana Kewangan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dan juga seorang akauntan bertauliah yang diiktiraf Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Beliau mempunyai lebih 22 tahun pengalaman bekerja khususnya dalam bidang pengurusan kewangan dan auditan di institusi korporat multinasional.

TH turut menzahirkan penghargaan kepada Merina yang sebelum ini menyandang jawatan Ketua Pegawai Kewangan sejak 5 Februari 2020 atas komitmen dan sumbangan yang diberikan kepada TH.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This