Kempen perjalanan CNY: Shopee bekerjasama dengan penyedia perjalanan

Dari Penulis

SYARIKAT e-dagang terkemuka, Shopee bekerjasama dengan Agoda, Airpaz dan Easybook.com untuk memenuhi keperluan pengembara bersempena sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) yang akan datang.

Kempen itu akan berlangsung sehingga 26 Januari ini.

Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari CNY 2022 Shopee hari ini berkata, secara umumnya rakyat Malaysia optimis terhadap perjalanan dan mengambil langkah pencegahan yang diperlukan.

Beliau berkata permintaan terhadap pelitup muka dan baucar ShopeePay untuk kit ujian COVID-19 telah meningkat, dan menurutnya orang ramai mula merancang perjalanan berikutan peningkatan kadar vaksinasi.

Sehubungan itu, Shopee akan terus bekerjasama rapat dengan rakan perjalanannya untuk menawarkan pengalaman tempahan kapal terbang, bas dan hotel yang lancar, selamat dan tanpa tekanan menerusi platform itu.

Baca artikel berkaitan: Sambut Thaipusam dengan penuh pengertian mendalam – PM

Pengarah Urusan Easybook.com William Lee dalam kenyataan berkata platform itu mengunjurkan peningkatan 100 peratus bagi tempahan perjalanan udara pada Januari 2022 di kedua-dua platform dan Shopee berbanding Disember tahun lepas.

“Kami mendapati perjalanan berkurangan semasa sambutan CNY tahun lepas disebabkan perintah kawalan pergerakan, namun, kami menjangka jualan tiket bas akan melonjak sehingga CNY tahun ini,” katanya.

Shopee turut mengumumkan Jualan CNY akan berlangsung sehingga 2 Feb dengan menawarkan penghantaran percuma di Malaysia melalui perbelanjaan minimum RM8 dan baucar diskaun sehingga 88 peratus, antaranya bagi produk CNY.

Pembeli juga akan meraih peluang untuk memenangi  wang “ang pow” bernilai RM8,888 apabila mereka menyertai kuiz Shopee Fortune ketika sesi secara langsung Shopee pada 8 malam, setiap hari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This