Wanita mampu jana pendapatan tanpa abaikan urusan rumah tangga, kata Shopee

Dari Penulis

Syarikat e-dagang terkemuka, Shopee Malaysia mengatakan penjual-penjual wanita di atas talian secara purata mampu menanggung lebih tiga orang tanggungan dalam isi rumah menerusi platform e-dagang.

Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, ia berlandaskan satu tinjauan #RayaBersamaShopee yang melibatkan dua ribu penjual.

Katanya, 70 peratus (%) daripada mereka merupakan wanita yang mampu menjana pendapatan untuk menyara keluarga dan dalam masa sama mengekalkan fleksibiliti bagi mengurus rumah tangga masing-masing.

Tambahnya, pada tempoh raya yang lepas, penjual-penjual tersebut mampu menjana jumlah pendapatan hampir seribu ringgit setiap orang dengan kebanyakan mereka menjual barangan fesyen, aksesori wanita, serta produk kesihatan dan kecantikan.

“Kebanyakan mereka (wanita) tinggal di Lembah Klang atau Johor, tetapi ramai yang mewakili kawasan luar bandar seperti di Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Terengganu.

“Sebanyak 48 peratus (%) daripada penjual-penjual ini berumur 30 hingga 39 tahun, dan 35% berumur di bawah 18 hingga 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Aidilfitri kejayaan bermakna buat rakyat Malaysia

Kenneth berkata, tinjauan pihaknya mendapati setiap penjual tempatan yang menjual barangan buatan Malaysia secara purata mampu menyokong lebih daripada lima orang tanggungan dalam isi rumah mereka di seluruh negara.

“Melalui kempen pendekatan ‘hyper localised’kami seperti #RayaBersamaShopee, para penjual di kawasan luar bandar dapat mempromosikan produk mereka kepada pengguna dengan lebih mudah,” ujarnya.

Secara keseluruhan tambahnya, para penjual Shopee yang mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut menyatakan kesudian mereka bagi mengembangkan perniagaan mereka terutama ketika musim perayaan.

“Rata-rata dalam kalangan mereka amat optimistik dengan peluang yang ditawarkan dengan 40% daripada penjual tersebut menjangkakan 50% atau lebih peningkatan dalam jualan sepanjang Aidilfitri ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This