Siti Saleha sah bercerai talak satu

Dari Penulis

KEMELUT rumah tangga pelakon Siti Saleha akhirnya menemui jalan penamat apabila dia kini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Bekas suaminya, Ahmad Lutfi Azhar melafazkan cerai pada pukul 10.30 pagi di hadapan Hakim Syarie Mohd. Hairuddin Ab. Karim.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu meluahkan rasa syukur selain menganggap jodoh mereka tidak panjang.

“Hari ini alhamdulillah kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tak panjang…sampai sini sahaja.

“Tiada apa yang boleh saya ulas, kami sudah tiada kesefahaman,” kata Saleha memetik laporan mStar.

Oktober tahun lalu, Siti Saleha telah mengejutkan ramai pihak selepas hadir ke mahkamah syariah bagi mendengar kes penceraiannya dengan Ahmad Lutfi.

Menerusi laporan media, dia mengakui telah memfailkan penceraian selepas hubungan suami dan isteri antara mereka sudah tiada persefahaman sekaligus mengesahkan kehadirannya ke mahkamah.

Untuk info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Empat tahun bernikah, pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

SUMBER : mStar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This