Pelacuran di Subang Jaya, 14 ditahan termasuk warga Great Britain

Dari Penulis

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu dua buah premis yang menawarkan khidmat pelacur wanita yang terdiri daripada gadis Thailand di sekitar Subang Jaya, Selangor dalam satu siri penguatkuasaan Op Gegar, semalam.

Dalam siri Op Gegar itu, JIM telah berjaya menahan seramai 14 individu warga negara asing yang terdiri daripada 12 orang wanita warga negara Thailand, seorang wanita warga Myanmar dan seorang lelaki warga negara Great Britain.

Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk siasatan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua tahanan berumur daripada 21 tahun hingga 69 tahun. Selain itu, tiga orang pelanggan lelaki warga tempatan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.

“Operasi dijalankan serentak ke atas kedua-dua premis hotel bajet di Subang Jaya pada jam 8.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Hasil risikan mendapati premis ini dikunjungi pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing dengan menggunakan pakej perkhidmatan seks yang ditawarkan dengan harga RM200 sehingga RM270 bagi tempoh masa 45 minit dan RM950 bagi langganan ‘outcall’ bermula dari jam 10.00 malam sehingga 7.00 pagi.

Pelanggan perlu memilih wanita dan membuat tempahan terlebih dahulu melalui ‘Website’ dan ‘Telegram’.

ANTARA pelacur yang ditahan.

Semasa serbuan dijalankan semua wanita warga asing tersebut tidak memberikan kerjasama dan enggan membuka pintu bilik. Terdapat juga wanita warga asing yang cuba membuat provokasi dan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.

Turut dijumpai semasa serbuan sejumlah kondom dan cecair pelincir bagi tujuan layanan seks.

Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This