Sindiket ‘ayam’ benua Afrika diserbu, 10 wanita ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 10 wanita warga asing ditahan dalam serbuan ke atas premis kondominium mewah yang menjadi sarang sindiket pelacuran warga benua Afrika di Cyberjaya.

Operasi berkenaan telah dijalankan sepasukan 20 pegawai Imigresen Putrajaya pada pukul 4 petang, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, tujuh wanita warga Tanzania dan tiga lagi warga Uganda telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dan kerja tidak bermoral.

Menurut beliau, kesemua wanita yang ditahan itu berusia antara 23 hingga 37 tahun.

Khairul Dzaimee memberitahu, siasatan awal mendapati sembilan wanita berkenaan masuk ke Malaysia secara sah sebagai pelancong asing manakala seorang lagi masuk sebagai pelajar antarabangsa di sebuah pusat bahasa di ibu negara.

“Daripada kesemua tahanan ini, dua wanita masing-masing warga Tanzania dan Uganda telah dikenal pasti merupakan ‘mummy’ iaitu orang tengah dalam aktiviti pelacuran ini.

“Sindiket ini menyasarkan pelanggan daripada kalangan pelajar antarabangsa dan lelaki benua Afrika terutama dari Nigeria dengan kadar bayaran RM200 hingga RM500 sekali langganan.

Baca artikel berkaitan: Lapan pelacur antara 25 warga asing ditahan terlibat aktiviti pelacuran

“Kejayaan operasi ini merupakan hasil daripada tindakan pantas Imigresen untuk mengatur operasi serbuan setelah mendapat maklumat daripada orang awam pada hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Imigresen juga telah merampas sebanyak sembilan naskhah pasport; 13 telefon bimbit; satu kad akses; satu kad pelajar; empat set kondom dan sembilan buku nota yang merekodkan bukti langganan seks.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, kesemua tahanan telah dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya untuk siasatan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM); Akta Imigresen 1959/63; Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Jabatan ini tidak menolak adanya sindiket pelacuran warganegara asing terutama dalam kalangan pelancong dan pelajar antarabangsa dari benua Afrika.

“Susulan daripada operasi ini, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan dalang sebenar di sebalik aktiviti pelacuran serta rangkaian sindiket ini.

“Orang ramai dipohon untuk terus bekerjasama dan menyalurkan aduan berkaitan aktiviti warga asing yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang negara supaya tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Penampang

SEORANG lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan itu di Penampang, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This