Gambar hiasan

MAJLIS Perbandaran Sibu (SMC) akan menghebahkan kepada orang ramai jumlah babi yang disembelih di pusat penyembelihannya di Jalan Ding Lik Kong, Sibu.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting Ing Horh berkata ia sebagai langkah menangani khabar angin berlakunya kekurangan bekalan daging babi di daerah terbabit pada musim sambutan Tahun Baharu Cina ini berikutan larangan penghantaran bekalan babi dari Kuching.

Ting berkata penyembelihan babi dilakukan di pusat itu pada Rabu hingga Ahad manakala penjualan daging babi adalah pada hari Isnin, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Semalam, pusat itu menyembelih 242 ekor babi, penurunan 10 hingga 13 peratus berbanding kebiasaan sebelum penularan Demam Babi Afrika di Bahagian Sibu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kes demam denggi turun 20 hingga 94 peratus tahun ini – Adham Baba

Tiga ladang babi di Bahagian Sibu telah disahkan diserang wabak itu pada 10 Jan lepas dan langkah-langkah pengawalan penularan telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.

Sebagai langkah kawalan dan keselamatan, Majlis Perbandaran Sibu telah menutup sementara pintu pusat penyembelihannya kepada ladang-ladang babi tidak berlesen.

Kebiasaannya sebelum ini, 20 daripada 100 ekor babi yang disembelih di pusat itu adalah dari ladang tidak berlesen.

— BERNAMA

————————

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram