TUN Dr. Mahathir Mohamad masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini, kata anak bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina dalam kenyataan.
Menurut Marina, beliau sekeluarga juga telah berinteraksi dengan Ahli Parlimen Langkawi itu.
Sehubungan itu, Marina turut berharap orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan sumber-sumber tidak sahih.
“Dr. Mahathir masih dirawat di IJN hari ini. Kami sekeluarga telah berinteraksi dengan beliau.
“Bagi pihak Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dalam dan luar negara yang telah menganjurkan majlis doa selamat serta bacaan Yasin dan juga orang ramai daripada pelbagai agama yang telah mengirim doa serta ucapan agar Dr. Mahathir cepat sembuh.
“Pihak IJN dan keluarga Dr. Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel berkaitan: Tun Mahathir stabil, mohon doakan kesembuhan bekas PM – Marina
Terdahulu, sekeping gambar Dr. Mahathir kelihatan sihat bersama individu dipercayai kakitangan IJN tersebar dalam media sosial.
Gambar berkenaan dipercayai diambil sebelum Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari lalu.
Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa gambar berkenaan diambil semasa Dr. Mahathir menerima dos penggalak pada bulan November lalu.
Dalam pada itu, berita palsu mengenai kematian negarawan tersebut telah mula tersebar dalam media sosial.
Marina dalam kenyataan semalam memaklumkan, keadaan kesihatan Dr. Mahathir kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lalu.
“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut.
“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” kata Marina.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

