SIAPA peminat bunga orkid? Pernah tak dengar tentang ‘orkid balet’? Ia dipanggil begitu kerana bentuknya yang seakan penari balet.

Tumbuhan ini tumbuh di bahagian barat Australia. Spesies pokok ini tumbuh meliar di beberapa buah kawasan di Lake Grace dan Pingrup tenggara Perth. Tumbuhan ini dari kumpulan Caladenia melanoma. Ia merupakan spesies orkid yang jarang dijumpai.

Secara saintifiknya, pokok ini dikenali sebagai Bellerina Orchid. Ia merupakan sejenis spesies orkid yang berasal dari negara itu.

Ballerina Orchid yang hanya dijumpai di Australia.

Spesies orkid ini sangat istimewa. Ia mampu hidup di kawasan berpasir putih, tanah liat atau berdekatan kawasan tasik bergaram. Berdasarkan bentuk fizikal pula, orkid ini memiliki bentuk kelopak bunga seperti seorang wanita sedang menari. Sebab itu ia digelar Orkid Balet.

Mengapa orkid ini mampu hidup di kawasan ekstrem seperti kawasan berpasir, tanah liat atau tasik bergaram masih belum dapat dijelaskan secara tepat. Namun kajian mendapati, fenomena ini berkemungkinan terjadi akibat tindak balas yang berlaku antara sel-sel fisiologi pokok.

Kebiasaannya pokok ini akan mengeluarkan bunga pada bulan Ogos sehingga September setiap tahun. Bagaimanapun, kadar pertumbuhan orkid ini bergantung pada keadaan persekitaran seperti keadaan cuaca dan jumlah taburan hujan.

Rupanya seperti penari balet.

Orkid ganjil ini selalunya mengambil masa dua minggu untuk melakukan proses pendebungaan. Namun, jika keadaan suhu persekitaran tinggi proses tersebut akan berlaku dengan lebih cepat.

Orkid ini biasanya tumbuh secara tunggal mahupun berkelompok. Tumbuhan ini mempunyai daun berwarna hijau pudar kira-kira 12 sentimeter lebar. Manakala bahagian bunga pula ia berbentuk ‘Spike’ atau pacak sehingga 15 sentimeter tinggi.

Selain memiliki bentuk unik, orkid ini diklasifikasikan dalam kumpulan tumbuhan herba. Kitaran hidupnya juga lebih lama berbanding spesies orkid lain. Malangnya, pada hari ini ia mengalami kepupusan akibat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, kehadiran musim kemarau dan ancaman serangga perosak atau haiwan ternakan.

Bunganya berbentuk ‘Spike’ atau pacak sehingga 15 sentimeter tinggi.

Berdasarkan rekod pada tahun 2010, populasi Orkid Balet yang masih hidup berjumlah 2,269 batang pokok. Jumlah itu menunjukkan 40 peratus penurunan berbanding 4,000 hingga 5,500 batang pokok pada tahun 2007.

Disebabkan itu, beberapa buah agensi dari Australia telah bergabung bagi mengelakkan tumbuhan ini terus pupus dan projek pemulihan untuk orkid ini telah ditubuhkan bagi memastikan orkid ini tidak pupus.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen