JAMES DEAN merupakan salah seorang pelakon terkenal era 1950-an di Hollywood. Sewaktu zaman kariernya sedang memuncak, berlaku kejadian tragis apabila pelakon ini terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kisah kereta Porsche yang dipandu James Dean dalam kemalangan itu. Kereta itu dikaitkan dengan nasib buruk, bahkan meragut beberapa nyawa lain selepas itu sehingga kereta itu digelar dengan jolokan ‘little bastard James Dean’.

James Dean dan kereta Porsche yang dibelinya.

Pelakon ini membeli kereta itu pada 21 September 1955 selepas habis menjalani penggambaran filem Giants.  Tujuannya untuk menyertai perlumbaan kereta. Namun, niat aktor kegilaan wanita ini tidak kesampaian apabila nyawanya berakhir pada 30 September 1955.

James Dean terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan kereta lumba miliknya model Porsche Spyder 550 yang bertembung dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan di lebuh raya berhampiran Cholame, California.

Keadaan kereta Porsche James Dean yang remuk selepas kemalangan yang turut meragut nyawa aktor itu.

Selepas kematiannya, kereta Porsche itu dibeli oleh seorang peminat kereta, George Barris. Malangnya, semasa ditunda, kereta itu tergelincir dari ikatan lalu menghentam mekanik yang berada di belakang trak tersebut. Kaki mekanik itu patah.

Barris kemudian menjual sebahagian bahagian kereta Porsche yang separuh remuk itu kepada dua orang pemandu amatur, Troy McHenry dan William Eschrid.  

Semasa berlumba, kedua-dua pemandu itu terlibat dalam nahas bersama-sama seorang lagi pemandu yang turut membeli batang syaf kereta James Dean itu daripada Borris. William Eschrid mati di tempat kejadian, manakala Troy Henry cedera parah. Kejadian itu hanya lebih kurang 11 bulan selepas kemalangan yang meragut nyawa James Dean.

Nasib malang litttle bastard James Dean ini belum berakhir. Seorang pemuda yang membeli tayar Porsche itu telah maut dalam kemalangan apabila tayar tersebut pecah serentak sewaktu dia sedang memandu keretanya.

Kereta ini pernah dipamerkan kepada umum dahulu.

George Barris merasakan Porsche ‘little bastard’ ini membawa sial lalu dia tidak lagi mahu menjual mana-mana bahagian kereta tersebut kepada sesiapa. Tidak lama kemudian pihak berkuasa pengangkutan jalan raya tempatan mengambil sisa kereta yang separuh remuk itu untuk dijadikan sebagai pameran di sekolah-sekolah.

Semasa dalam rangka lawatan ke sebuah sekolah tinggi di Sacramento, bahagian badan kereta itu tiba-tiba terjatuh dan menghempap paha seorang pelajar. Pelajar itu cedera teruk, pahanya patah dan dikejarkan ke hospital.

Kereta Porcshe itu kemudian disimpan ke dalam garaj selepas insiden yang menimpa pelajar berkenaan. Semasa berada dalam garaj, satu kebakaran berlaku tanpa diketahui puncanya. Apa yang pelik, kesemua kereta yang berada dalam garaj itu terbakar kecuali Porcshe little bastard itu yang tidak terjejas.

Porsche Spyder milik James Dean diusung lagi, kali ini dibawa pulang ke Salina, California dengan sebuah treler. Badinya masih kuat dan kali ini menghentam seorang pemandu sehingga terbunuh selepas ikatan penyambung tertanggal daripada bahagian treler berkenaan.

Beberapa lagi kemalangan kecil berlaku melibatkan Porsche tersebut ketika dibawa ke Miami, Florida. Semasa dipamerkan, satu lagi kejadian aneh berlaku apabila kereta itu berderai kepada 11 bahagian tanpa sebarang sebab.

George Barris membuat keputusan untuk mengambil semula kenderaan miliknya itu. Kesemua bahagian kereta yang terpisah itu dikumpulkan lalu dibungkus ke dalam beberapa kotak dan dibawa menaiki kereta api ke California.

Anehnya kesemua kotak yang mengandungi bahagian ‘little bastard’ itu ghaib begitu sahaja tanpa dapat dikesan sebaik kereta api itu tiba di California.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen