Paip pecah di Shah Alam, 142 kawasan alami gangguan air

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 142 kawasan dalam wilayah Petaling dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Seksyen 15, Shah Alam.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, kejadian itu berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga, semalam.

Berikutan itu, Air Selangor memaklumkan, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah tersebut telah pun bermula pukul 3 petang tadi.

Menurut Air Selangor, kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada pukul 3 pagi esok dan bekalan air mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah siap dilaksanakan.

“Justeru, kerja-kerja pembaikan ini akan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 142 kawasan di wilayah Petaling dan Klang.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza daripada satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Baru pulih semalam, hari ini 463 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air lagi

Mengulas lanjut, Air Selangor memaklumkan bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This