LEBIH 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk Tebrau, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam bermula hari ini.
Ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang melibatkan kesemua instrumen penting di loji berkenaan, bagi memastikan kelestarian sistem rawatan air serta bekalan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang.
Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Anuar Abdul Ghani berkata pihaknya akan turut menyediakan lori tangki, bagi memenuhi permintaan kecemasan daripada premis penting seperti hospital, pusat dialisis serta institusi yang memerlukan bekalan air berterusan.
Baca artikel lain: Isu air UMS dapat perhatian PETRA, pelan intervensi RM1 juta
Gangguan bekalan air berjadual itu merupakan langkah proaktif bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan optimum dan selamat kepada pengguna.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang Ranhill SAJ di www.ranhillsaj.com.my dan Facebook rasmi atau menghubungi talian 1800-88-7474 bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

