Apa yang Mazlan inginkan?

Dari Penulis

APA sebenarnya yang Mazlan Bujang inginkan?

Digugurkan sebagai calon? Itu tidak sama sekali kerana bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tebrau berkenaan sudah beberapa kali dicadangkan untuk menjadi calon kerusi Parlimen Tebrau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebrau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pendedahan tersebut dibuat Pemangku Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Kamaruzzaman Abu yang turut memaklumkan cadangan berkenaan dibuat parti berkenaan sejak 1 Januari lalu.

“Cadangan ini juga untuk persediaan Bahagian ini menghadapi PRU-15, sebelum pengumuman PRN,” katanya dalam sidang media, malam tadi.

Justeru, beliau percaya bahawa tindakan penyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkenaan meletak jawatan dan keluar daripada BERSATU adalah satu langkah politik.

Menurutnya, Mazlan seharusnya mengambil tindakan itu lebih awal sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumumkan, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Januari lalu.

BERITA BERKAITAN Selepas Mazlan, Mohd. Izhar pula sah keluar Bersatu

“Kalau kata tidak ada kepercayaan (terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kenapa tidak bertindak keluar lebih awal daripada yang berlaku sekarang.

“Apabila berlaku PRU atau PRN, maka berlaku perkara seperti ini (keluar parti),” katanya.

Kamaruzzaman turut mempersoalkan mengenai kenyataan Mazlan bahawa seramai 23 Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian Tebrau turut mengikut jejak langkahnya keluar parti serta meletakkan jawatan.

Menurutnya, hanya enam ahli jawatankuasa yang berbuat demikian dan setakat ini BERSATU Bahagian Tebrau mempunyai seramai 3,425 ahli di 17 cawangan.

Meskipun kecewa dan kesal atas tindakan bekas ketuanya itu, namun BERSATU Bahagian Tebrau tetap teguh dan setia bersama-sama parti di bawah pimpinan Muhyiddin.

Khamis lalu, Mazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua BERSATU Bahagian Tebrau dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kematian pelajar UPM di Sungai Buloh disahkan akibat lemas

KEMATIAN pelajar latihan industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana Perdana di...

More Articles Like This