Annuar Musa gesa media dukung ketepatan laporan, etika

Dari Penulis

LAPORAN berita yang melanggar hak orang lain atau undang-undang tidak seharusnya berlaku dan mestilah dielakkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Tegas Annuar, jika perkara itu berlaku, ia boleh mengakibatkan pihak media berdepan tindakan sivil atau tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan.

“Sewajarnya menjadi tanggungjawab semua pengamal media untuk bersama-sama mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa, dan pada masa yang sama akan memberi keyakinan dan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Isnin lalu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus membuat laporan polis ke atas tiga portal yang dianggapnya menyebarkan berita palsu dan fitnah mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Repot polis itu merujuk kepada laporan artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu tarik sokongan’ dan diulang siar oleh dua portal lain.

Menurut Mohammad Anuar, pada sidang media itu juga, ketiga-tiga wartawan daripada portal itu tidak berada di lokasi dan telah memutar belit kenyataan sehingga menimbulkan kegusaran serta kredibiliti Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Mohammad Anuar meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap tiga portal berkenaan yang menurutnya, dengan sengaja serta tidak beretika membuat laporan salah mengenai Perdana Menteri.

Baca: Laporan polis dibuat kes fitnah PM

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap tiga portal berita yang mengandungi kenyataan palsu dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi 31 Januari lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, Annuar berkata, sejak akhir-akhir ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima banyak aduan daripada pelbagai pihak, di mana terdapatnya pengamal media sama ada media konvensional dan juga media online serta media sosial yang sewenang-wenangnya melanggar etika dan undang-undang negara.

Jelas Annuar, dalam hal beliau percaya semua pengamal media mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian sendiri dan kekuatan moral untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan menjaga etika kewartawanan dalam setiap pelaporan berita.

“Meskipun kerajaan amat menghormati prinsip kebebasan media, namun semua pihak mestilah mempunyai kebertanggungjawaban dalam pemberitaan dan laporan yang disiarkan,” tegasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This