13,944 kes baharu, 99.48 peratus kategori 1 dan 2

Dari Penulis

SEPERTI mana unjuran, kes baharu COVID-19 terus menunjukkan trend peningkatan dengan 13,944 kes baharu dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah itu, 73 kes atau 0.52 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 13,871 kes (99.48 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.93 juta.

“Pada 8 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,944 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca: Omicron di mana-mana, ‘bukan konspirasi KKM nak nafi hari raya’ – KJ

11,034 kes baharu, kadar kebolehjangkitan cecah 1.27

Semalam negara merekodkan 11,034 kes baharu semalam yang mana Selangor sahaja mencatatkan 2,411 jangkitan.

Perbandingan Delta v Omicron dari segi data kemasukan ke hospital, ICU dan kadar kematian seperti dikongsi di FB KKM.

Meskipun demikian, kesan teruk virus varian Omicron lebih rendah dengan hanya 58 kes baharu semalam dalam kategori 3, 4 dan 5.

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 1.32.

Nilai itu adalah tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This