[VIDEO] Buaya Palu berkalung tayar motosikal akhirnya berjaya ditangkap

Dari Penulis

KISAH seekor buaya berkalung tayar di Palu, Sulawesi yang heboh diperkatakan sejak tahun 2016 akhirnya berjaya ditangkap malam tadi.

Buaya tembaga sepanjang lima meter itu berjaya ditangkap seorang lelaki di bawah jambatan di Daerah Palu Selatan sekitar pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.

Menurut laporan media Indonesia, proses memotong tayar itu dilakukan para penduduk menggunakan gergaji.

Sebelum memotong tayar tersebut, mata sang bedal itu ditutup dengan sehelai kain supaya ia tidak bergerak ketika proses memotong dilakukan.

Cerita penangkapan buaya tersebut menjadi tular, selepas beberapa usaha yang dilakukan sebelum ini gagal.

Baca artikel berkaitan: Ikan, katak, ketam & buaya ‘jatuh’ dari langit. Angkara sengkayan, hujan aneh ini menurunkan benda-benda pelik

@utusantvofficial Pelbagai usaha dilakukan sejak 2016 untuk selamatkan buaya ini. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ? original sound – UtusanTV

Buaya yang pernah menjadi tajuk-tajuk berita utama media serantau itu dikatakan mengalami kesukaran untuk bernafas selepas gambarnya bersantai bersama tayar di leher mula mendapat perhatian pelbagai pihak.

Malah pihak berkuasa Indonesia pernah menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya mengeluarkan tayar motosikal tersangkut pada tengkuk buaya tembaga tersebut pada Januari 2020.

Bagaimanapun, jumlah ganjaran tidak dimaklumkan bagi individu yang sanggup menggadai nyawa ‘menyelamatkan’ reptilia itu.

Usaha menyelamatkan buaya tersangkut tayar ini dilakukan sejak tahun 2016 lagi.

Dalam pada itu, buaya tersebut berjaya ditangkap seorang lelaki dikenali sebagai Tili, 35, yang berasal dari Sragen, Jawa Tengah.

Katanya, dia mengambil masa selama tiga minggu sebelum berjaya menangkap reptilia tersebut menggunakan umpan daging ayam yang dipasang pada alat khas menggunakan tali kapal.

“Saya rasa tercabar dengan penduduk, setiap kali cuba tangkap dengan jerat, saya sentiasa diperlekehkan. Tetapi akhirnya saya buktikan, walaupun terpaksa melakukannya seorang diri,” kata Tili yang dihubungi Kompas.com hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This