SELEPAS dua tahun, Australia akhirnya akan membuka semula pintu sempadannya kepada pelawat lengkap vaksin mulai 21 Februari bulan ini, sekali gus memberi berita gembira kepada peserta industri pelancongan di negara itu.
Langkah itu diambil sebagai respons terakhir negara itu terhadap Covid-19 apatah lagi trend jangkitan dan kadar kematian di negara yang terkenal dengan kangaru tersebut agak rendah.
Pada Disember lalu, kerajaan Australia turut memansuhkan penutupan dan sekatan perjalanan terhadap rakyatnya.
Pembukaan semula pintu sempadan pada 21 Februari ini turut menandakan pelawat dari seluruh dunia boleh menerokai Australia asalkan mereka telah mendapatkan vaksinasi lengkap.
“Jika anda telah lengkap suntikan vaksin, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Australia,” kata Perdana Menterinya, Scott Morrison.
Industri pelancong terjejas teruk akibat pandemik apatah lagi kerajaan mengenakan pelbagai sekatan pejalanan dalam usaha melandaikan kes Covid-19 di negara tersebut.
Kerugian sektor pelancongan antarabangsa dan domestik negara itu sejak bermulanya wabak itu berjumlah AS$72 bilion, menurut Tourism Research Australia (TRA).
Malah perbelanjaan perjalanan antarabangsa di Australia juga menjunam daripada AUD44.6 bilion pada tahun kewangan 2018-2019 kepada AUD1.3 bilion pada 2020-2021 kata TRA.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Qantas Airways, Alan Joyce berkata, syarikat penerbangan itu sedang meneliti jadual penerbangan untuk menentukan cara memulakan semula penerbangan dari lokasi antarabangsa tidak lama lagi.
Seperti tempat lain di dunia, kes Covid-19 di Australia turut memperlihatkan lonjakan dalam beberapa minggu kebelakangan ini disebabkan oleh varian Omicron yang menurut pakar mungkin lebih mudah berjangkit tetapi tidak seganas berbanding varian sebelumnya.
Kira-kira 2.4 juta kes telah direkodkan di Australia sejak kes Omicron pertama dikesan di Australia pada November. Sehingga itu, Australia hanya mencatatkan sekitar 200,000 kes. Jumlah kematian berjumlah 4,248 sejak wabak itu bermula.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

