Polis nafi tidak siasat kemalangan melibatkan anak bekas pegawai kanan Bukit Aman

Dari Penulis

POLIS menafikan dakwaan bahawa pasukan itu tidak menjalankan siasatan berhubung satu kemalangan jalan raya melibatkan anak bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan, menyifatkan dakwaan itu tidak berasas kerana kes itu dibuka selepas laporan diterima dan semua prosedur siasatan telah dilaksanakan.

“Kuasa untuk menutup mana-mana siasatan bukan di bawah bidang kuasa polis dan atas sebab itu sangat mustahil wujudnya campur tangan mana-mana pihak.

“Semua langkah perlu dalam prosedur siasatan telah dilaksanakan sepenuhnya, termasuk membuat ujian darah dan air kencing,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu menyusul ciapan tular di Twitter yang mendakwa pihak berkuasa itu tidak menjalankan siasatan berhubung kemalangan melibatkan anak bekas Pengarah SB Bukit Aman.

Anbalagan menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai tohmahan tidak berasas itu kerana pihaknya masih menunggu keputusan ujian toksikologi sampel darah daripada Jabatan Kimia.

“Polis akan menjalankan siasatan seadil-adilnya kepada kedua-dua pihak berlandaskan peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, keadilan meliputi hak bagi mangsa serta yang orang sedang disiasat dan dakwaan seperti itu hanya bertujuan menjatuhkan reputasi polis untuk kepentingan peribadi pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan ciapan di laman sosial yang menggunakan akaun “Edisi Siasat”, seorang individu yang dinamakan Dr R dan bertugas di sebuah hospital kerajaan terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan mangsa yang dilanggar meninggal dunia di tempat kejadian.

Catatan itu memetik Dr R sebagai anak bekas Pengarah SB Bukit Aman, Mokhtar Shariff.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This