[VIDEO] Lelaki pukul bapa tiri ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang bertindak memukul bapa tirinya dalam satu kejadian di Kampung Ruat, Yan, Kedah pagi tadi telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian dikatakan bermula pada bahagian ruang tamu rumah.

Menurutnya, suspek berusia 29 tahun telah masuk ke dalam rumah untuk meminta wang namun mangsa enggan menuruti kehendaknya.

“Akibat rasa marah, suspek dipercayai tumbuk di bahagian belakang kepala sebelah kiri menyebabkan telinga kiri mangsa sakit. Kejadian menyebabkan mangsa dan isteri keluar dan duduk di bahagian luar rumah.

“Namun, ketika suspek ingin keluar dari rumah, dia dipercayai menendang bahagian belakang badan bapa tiri itu dengan memakai kasut getah,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Baca artikel berkaitan: Lelaki parah ditetak dengan parang dekat Pontian

@utusantvofficial Kejadian dipercayai berlaku di utara. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound – UtusanTV

Menurut Shahnaz, doktor yang merawat mangsa mengesahkan warga emas berusia 72 tahun itu mengalami bengkak di bahagian telinga kiri akibat ditumbuk.

Suspek bagaimanapun berjaya diberkas pada jam 6.45 petang di kawasan Lubuk Boi, Yan untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, maklumat diperolehi mengesahkan suspek seorang pesakit mental dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

Terdahulu, kecoh di media sosial hari ini apabila satu video berdurasi 30 saat memaparkan seorang lelaki bertindak ganas ke atas sepasang warga emas yang didakwa berlaku di Kedah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This