KEMATIANNYA tentu sahaja dicemburui oleh umat Islam. Manakan tidak, nyawanya diambil malaikat ketika dia sedang beribadat di atas tikar sejadah di rumahnya, dipercayai ketika sedang melakukan solat sunat Dhuha.
Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Shukri Sulaiman, 51, ditemui meninggal dunia oleh rakannya pada 10 pagi di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.
Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan mendapat cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.
“Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah Shukri.
“Apabila masuk ke dalam rumah didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam biliknya dalam keadaan bersujud dan memakai jubah putih,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Beh berkata, jenazah Shukri kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan proses bedah siasat akan dijalankan esok.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

