[VIDEO] Suri rumah disaman selepas Myvi dipandu nyaris langgar murid sekolah tular

Dari Penulis

GARA-GARA gagal memberhentikan kenderaan ketika lampu isyarat merah sehingga nyaris melanggar murid sekolah, seorang suri rumah disaman polis selepas kejadian di hadapan sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu, tular semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Terengganu, Superintendan Ismail Man (gambar kecil) berkata, pemandu tersebut berjaya dikesan pada pukul 4.10 petang di Batu Buruk.

“Pihak polis telah mengesan satu video pendek berdurasi enam saat tersebar di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang hampir terlanggar seorang pelajar sekolah.

“Bertindak di atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu telah berjaya mengesan pemandu tersebut yang merupakan seorang suri rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Selepas video tular, pemandu wanita potong barisan disaman

@utusantvofficial Nyaris sangat dah tu. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tambahnya, satu saman telah dikeluarkan kepada pemandu kenderaan tersebut atas kesalahan tidak patuh lampu isyarat merah mengikut Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (Rule 17  LN 167/1959).

“PDRM sentiasa peka dan komited dalam memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi sepenuhnya oleh semua pengguna jalan raya. Ini bagi melindungi setiap pengguna jalan raya daripada sebarang kemalangan dan kecelakaan di samping memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This