YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan berjumlah RM570,000 kepada murid-murid di seluruh Johor.
Bantuan persekolahan itu dimanfaatkan oleh 5,700 murid sekolah rendah dan menengah di 26 lokasi seluruh Johor sempena pembukaan semula sesi persekolahan, Mac depan.
YBR dalam kenyataan memaklumkan, replika cek bantuan persekolahan itu telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar kepada wakil pemimpin tempatan dalam satu majlis semalam.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; wakil pemimpin tempatan kawasan Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan wakil penduduk kawasan Iskandar Puteri, Mohammad Khairi A. Malik.
Selain itu, Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringan beban ibu bapa terutama dalam kalangan keluarga B40 menyediakan kelengkapan persekolahan.
Baca artikel berkaitan: YBR sumbang RM44,200 terhadap kakitangan Kemas
Ia termasuk bagi pembelian baju, kasut dan stokin atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing.
“Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang COVID-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 ini diharap dapat membantu ibu bapa atau penjaga.
“Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini juga sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” katanya dalam kenyataan itu.
Sehingga kini, seramai 39,397 murid telah pun menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.12 juta sejak tahun 2018.
Bagi tahun 2022, sejumlah RM2.75 juta diperuntukkan dalam program bantuan persekolahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

