Ativa nyaris langgar kanak-kanak Rohingya dekat Klang

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak Rohingya nyaris dilanggar sebuah Perodua Ativa selepas ia berlari meluru ke arah kereta itu dalam satu kejadian di Taman Meru, Klang.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemandu kereta, kejadian dilapor berlaku pada Ahad lalu kira-kira pukul 8.40 malam ketika pengadu dalam perjalanan pulang selepas selesai menghantar barang ke rumah kawan.

Ketika melalui Jalan Muda, Taman Meru, tiba-tiba isteri pengadu menjerit melihat seorang kanak-kanak meluru ke arah kenderaannya.

“Saya pun berhenti dengan segera,” tulis laporan itu.

Pengadu mendakwa ketika turun dari kenderaannya, dia telah dimarahi ibu kanak-kanak itu dan menjerit serta meminta wang.

Baca artikel berkaitan: Ibu, anak dikebumikan satu liang lahad

Sementara itu, memetik laporan newswav.com, pengadu telah dikepung lebih 30 orang dan bertindak menyalahkan pemandu serta cubaan memeras wang.

Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan selepas Persatuan Penduduk Taman Meru (SRS) hadir ke lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Persatuan Penduduk Taman Meru di Facebook rasmi mereka turut memuat naik mengenai kejadian yang sama dilaporkan berlaku oleh pengadu.

Kata hantaran itu, kanak-kanak terbabit berlari ke tengah jalan, dan pemandu sempat brek kereta pada masanya dan tiada kemalangan berlaku.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

"Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya." Demikian penegasan Timbalan Menteri...

More Articles Like This