Suami nyaris kehilangan zakar dipotong isteri

Dari Penulis

SEORANG isteri bertindak ganas cuba memotong zakar suaminya sendiri ketika ingin melakukan hubungan seks dalam satu kejadian di Lumajang, Indonesia, petang Jumaat lalu, lapor Detik.com.

Ketua Polis Daerah Jatiroto, Asisten Komisioner Rudi Isyanto mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Djatiroto selepas cedera pada pangkal alat sulit.

Menurut Rudi, kejadian berlaku apabila mangsa yang dikenali sebagai Ah, 41 mengajak isterinya berusia 25 tahun mengadakan hubungan seks.

Baca artikel: Pemuda kelar rakan kolej selepas cinta ditolak

Isteri mangsa kemudian telah keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

“Dari dapur isteri mangsa membawa sebilah pisau yang disembunyikan, dan apabila menghampiri mangsa, secara tiba-tiba menikam kemaluan mangsa,” katanya.

Tambahnya, tikaman itu hanya mengenai pangkal kemaluan mangsa.

“Kejadian itu kemudian disedari ibu mangsa dan menjerit minta tolong kepada jiran dan mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu memetik laporan media tempatan, suspek dikatakan mengalami tekanan perasaan dan mental.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This