Pendaftaran PICKids lepasi satu juta, jangan lagi tunggu dan lihat – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDAFTARAN Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang telah berjalan selama tiga minggu telah pun melepasi sejuta individu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Menurut Khairy, jumlah tersebut merangkumi 28 peratus kohort bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Beliau turut berharap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ kerana kadar kemasukan kanak-kanak ke hospital akibat COVID-19 telah meningkat.

“Minggu ketiga pelaksanaan PICKids, pendaftaran sudah melepasi satu juta iaitu 28 peratus kohort lima hingga 11 tahun.

“Harap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sebab kadar kemasukan hospital kanak-kanak mula meningkat. Daftarkan anak anda untuk PICKids hari ini,” katanya dalam ciapan itu hari ini.

Khairy turut berkongsi carta pendaftaran PICKids mengikut negeri.

Berdasarkan carta tersebut, pendaftaran di Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 269,400 diikuti Johor (150,800) dan Sarawak (90,000).

Baca artikel berkaitan: Lebih 500,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19

Setakat semalam, sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Dalam ciapan berasinan, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan akan melipatgandakan usaha untuk meningkatkan liputan ke kawasan yang mempunyai liputan rendah.

Pada masa sama, Khairy memaklumkan lebih banyak kempen jangkau luar dan kesedaran diperlukan untuk menggalakkan lebih ramai penerima yang layak menjalani saringan kesihatan percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (PeKa B40).

Kata beliau, hanya 561,000 daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang layak telah menjalani saringan kesihatan percuma di bawah Skim PeKa B40.

“Lebih banyak kempen jangkau luar dan kesedaran diperlukan terutama dalam kalangan komuniti yang terpinggir.

“Butiran lanjut boleh didapati di ProtechHealth Corp. Marilah kita sama-sama mencegah NCD (penyakit tidak berjangkit),” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This