PRN Johor: BN tampilkan 30 peratus calon muka baharu

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) bakal mempertaruhkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad turut memaklumkan gabungan itu akan mengumumkan kesemua 56 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk PRN Johor pada hari Khamis ini.

Menurut beliau, buat masa ini, BN berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan senarai calon.

Hasni berkata, langkah menampilkan 30 peratus muka baharu itu diharap dapat memperkuatkan peluang BN memenangi PRN itu nanti.

“Kita dah peringkat akhir muktamadkan calon-calon untuk PRN Johor.

“Johor ada muka baharu yang ramai termasuk calon muda di bawah 40 tahun. Oleh itu, sekurang-kurangnya 30 peratus calon kita nanti akan menampilkan golongan muka baharu.

“Saya yakin langkah menyenaraikan ramai calon muka baharu dan muda ini akan dapat memperkuatkan peluang BN untuk berjaya pada PRN nanti.

“Senarai penuh calon akan diumumkan pada 24 haribulan nanti (Khamis),” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Antara yang tersurat dan tersirat

Sebelum ini, Hasni yang juga Ketua Penyelaras BN untuk PRN Johor berkata, gabungan itu akan mengumumkan senarai calon dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari penamaan calon, Sabtu ini.

Hasni dilaporkan berkata, calon-calon yang akan ditampilkan termasuk muka-muka baharu yang terdiri daripada golongan profesional dan orang muda.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di Facebook, Khamis lalu pula memberi jaminan bahawa BN akan menampilkan calon yang mempunyai ciri ‘WALI’.

Kriteria WALI itu merujuk kepada ciri boleh menang (winnable); diterima (acceptable) dan disenangi (likeable).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This