Hujan batu sebesar bola ping pong landa Surabaya

Dari Penulis

BEBERAPA kawasan sekitar Surabaya, Indonesia hari ini dilaporkan mengalami fenomena hujan ais batu luar biasa saiznya sehingga sebesar bola ping pong.

Memetik laporan portal Republika, kejadian dilaporkan berlaku petang tadi di sebahagian besar Surabaya atau lebih dikenali sebagai Kota Pahlawan.

Jabatan Meteorologi, Klomatologi dan Geofizik (BMKG), mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Ketua Data dan Informasi BMKG, Teguh Tri Susanto berkata, hujan batu itu berlaku di kawasan Surabaya Barat melibatkan Daerah Wiyung, Jalan HR Muhammad, Darmo Permai dan Tandes

Sehubungan itu, pihak BMKG mengeluarkan amaran untuk penduduk beberapa kawasan di Jawa Timur termasuk Surabaya berwaspada untuk tempoh tiga hari akan datang kerana diramalkan cuaca esktrem bakal melanda.

Baca artikel berkaitan: Anak Kedah berjaya lakukan pendaratan ‘sempurna’ di Heathrow ketika ribut Eunice

“Seperti yang berlaku hari ini BMKG meramalkan hujan lebat bermula pukul 1 petang hingga 7 malam Waktu Indonesia Barat.

“Suhu di Surabaya direkodkan berada antara 24 hingga 31 darjah Celsius dengan kelajuan angin sehingga 30 kilometer sejam,” katanya.

 Sementara itu, menurut salah seorang penduduk di Tubanan Baru, Lilin Andriani berkata, kejadian hujan batu itu berlaku kira-kira pukul 2 petang.

“Ketika kejadian berlaku, saya berada di dalam rumah, tiba-tiba terdengar bungi seperti ada benda jatuh di atas bumbung, dan apabila keluar melihat rupa-rupanya berlaku hujan ais batu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tindak-tanduk Kor Ming tak cerminkan kredibiliti menteri – MCA

TINDAK-TANDUK Nga Kor Ming disifatkan tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet. Sebaliknya, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong...

More Articles Like This