Bom Rusia gegar Ukraine, perang sudah bermula

Dari Penulis

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin pada Khamis mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine yang menandakan perang sudah bermula.

Dalam ucapannya menerusi televisyen, Putin berkata, penduduk Donbas meminta bantuan Rusia, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita TASS.

“Sehubungan itu…saya memutuskan untuk melaksanakan operasi ketenteraan khas,” katanya.

Putin berkata, matlamat operasi itu “demi melindungi rakyat yang dianiayai serta daripada pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Kyiv selama lapan tahun”.

Susulan pengumuman Putin, beberapa siri letupan kuat dilapor menggegarkan ibu negara Ukraine, Kyiv dan bandar Kramatorsk.

Pejabat Presiden (Kremlin) pada Rabu memaklumkan, pemimpin puak pemisah di timur Ukraine sebelum ini telah meminta bantuan Putin untuk menyekat pencerobohan tentera Ukraine.

Baca artikel berkaitan: Melambung langgar kereta, 2 penunggang motosikal cedera kemalangan dekat LATAR

Putin pada Isnin mengumumkan Moscow mengiktiraf “kemerdekaan” dua wilayah di timur Ukraine iaitu Luhansk dan Donetsk, termasuk menghantar pasukan untuk “mengekalkan keamanan” di sana.

Pengumuman itu mendapat kecaman global serta disifatkan melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.

Negara-negara Barat turut mengumumkan sekatan baharu ke atas Rusia berikutan kejadian itu.

Selepas menyerang Semenanjung Crimea pada 2014, Moscow mula menyokong puak pemisah di timur Ukraine menentang kerajaan pusat, satu dasar yang dikekalkan sejak itu.

Konflik itu telah meragut lebih 13,000 nyawa, menurut PBB.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This