DUA penunggang cedera selepas motosikal yang ditunggangi melanggar sebuah kereta yang mengubah laluan secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Kilometer 18.4 Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) pukul 11.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed (gambar kecil) berkata, kemalangan yang tular di media sosial itu berlaku selepas sebuah kereta menukar laluan dari Lorong kiri ke kanan sebelum dilanggar dua buah motosikal.
“Dua buah motosikal dari arah belakang cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan telah melanggar dibahagian belakang kereta,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Katanya, akibat pelanggaran itu kereta yang dipandu telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori yang berada di lorong kiri.
“Pemandu kereta telah tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Gombak bagi membantu siasatan dan telah membuat laporan pada pukul 1.26 petang,” tambahnya.
Baca artikel berkaitan: Kes kemalangan maut, samun di LPT2, seorang sudah ditangkap
Kejadian melibatkan empat buah kenderaan itu tular di media sosial selepas penunggang motosikal melambung ke udara akibat impak kemalangan.
Ujarnya, kedua-dua penunggang motosikal kini dirawat di Hospital Selayang.
“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.”
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Norazlan di talian 019-7974466 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram