Malaysia hantar pasukan runding beli minyak dari Rusia – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA telah menghantar pasukan ke Rusia bagi membuka rundingan untuk membeli minyak dari negara tersebut susulan konflik yang melanda Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Rusia kini menjadi lokasi pilihan baharu bagi negara-negara dunia mendapatkan bekalan minyak yang terganggu akibat pergolakan di Selat Hormuz.

“Jadi sekarang ini banyak negara berebut berunding dan memohon untuk membeli minyak daripada Rusia, itu menarik.

“Dulu Eropah buat sekatan, Amerika bagi larangan sekarang terpaksa beri ruang dan ini kenyataan ekonomi. Nasib baik, alhamdulillah kerana hubungan kita dengan Rusia ini masih baik.

“Jadi dalam keadaan sekarang ini pun pasukan kita termasuk dari Petronas boleh berunding dengan Rusia untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kita sebagai negara sahabat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This