Sedapnya talam cendol gula Melaka ni. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!
BAHAN A:
525 gm gula kastor
1100 ml air
5 helai daun pandan
BAHAN B:
500 gm tepung beras cap teratai
50 gm tepung ubi
1 ยฝ sudu kecil garam halus
500ml santan pekat
1100 ml air
BAHAN C:
300 gm cendol
BAHAN D:
100 gula merah
Guna Loyang 11 x 11 inci
CARA MENYEDIAKAN:
1.Masak Bahan A sehingga mendidih.
2.Satukan semua bahan B dan campurkan dengan bahan A.
3.Bahagikan kepada dua bahagian: bahagian putih 800 ml dan selebihnya dimasak bersama gula merah.
4.Bahagian putih dibahagikan lagi kepada dua bahagian, satu bahagian dicampur cendol.
5.Mulakan melapis mengikut kreativiti, dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit. Lakukan sehingga selesai.
PESAN SAJI: Lap atas kuih sekiranya terdapat wap air, gunakan tisu dapur, kemudian sapukan minyak masak di atas permukaan kuih.

Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

