Banjir kilat melanda Sungai Buloh akibat hujan lebat petang tadi

Dari Penulis

BANJIR kilat melanda kawasan Taman Wangsa Permai, kuarters Hospital Sungai Buloh dan beberapa kawasan sekitar petang tadi yang menjejaskan sekurang-kurangnya 10 kediaman.

Kejadian dikatakan berlaku apabila hujan lebat menyebabkan tembok penghalang di kawasan tersebut runtuh dan seterusnya menyekat laluan air di longkang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, sebelum enam anggota dengan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi jam 6.50 petang, anggota mendapati rumah terbabit dinaiki air setinggi 0.45 meter. Tiada pemindahan mangsa dilakukan kerana air semakin surut.

“Selain itu, kita juga menerima laporan mengenai banjir kilat di Sungai Buloh membabitkan kawasan stesen komuter dan Kampung Cempaka 2, Kampung Paya Jaras Hilir, Kampung Batu Gajah, petang tadi.

“Bagaimanapun, anggota yang tiba di lokasi mendapati air sudah surut. Siasatan mendapati kejadian itu menyebabkan beberapa kereta terhalang kerana banjir kilat, selain ada pemandu keluar daripada kenderaan masing-masing kerana bimbang dihanyutkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya turut memantau beberapa lokasi berisiko banjir termasuk Kunci Air Sri Muda, Kunci Padang Air Jawa dan Seksyen 13 masing-masing di Shah Alam serta Kampung Sungai Laksamana dan Kampung Sungai Kertas di Selayang, hari ini.

“Turut dipantau Kampung Sungai Serai dan Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, selain dekat Kajang membabitkan Jalan Semenyih, Kampung Sungai Kantan, Pekan Kajang, Jalan Mendaling, Kampung Jambu dan Taman Muhibah.

“Kita juga memantau 10 kawasan Rawang termasuk Bayu Permai, Taman Velox, Bandar Country Homes, Kampung Bakau, Pekan Rawang, Taman Tun Teja dan Taman Jati.

“Tiada pusat pemindahan dibuka di kawasan berkenaan kerana air sudah surut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This