Jadilah Pemberi Sedekah Yang Bijak Untuk Keuntungan Sepanjang Masa

Dari Penulis

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, baik lelaki mahupun wanita dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (al-Hadid:18)

“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang di bawah adalah orang yang meminta.” Ini merupakan sabda Baginda s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Allah benar-benar memuliakan orang yang bersedekah. Dia menjanjikan banyak keutamaan dan kemuliaan bagi yang ikhlas dan gemar bersedekah.

Ironinya masyarakat Islam di Malaysia hari ini sememangnya adalah masyarakat yang terlalu pemurah. Mereka tidak berkira pun dengan sedekah yang diberikan. Buktinya apabila mengunjungi kedai makan terutama di restoran mamak, selalu terlihat individu yang meminta bantuan sama ada terdiri dari kalangan orang kurang upaya, orang tua, kanak-kanak atau warga asing.

Hanya berbekalkan bungkusan tisu, potongan ayat al-Quran, sepucuk surat permohonan derma atau dengan berpenampilan kusut masai dan wajah duka menagih simpati, masyarakat dengan mudah menghulurkan not-not kertas tanpa bersoal lanjut, adakah memang mereka benar-benar insan yang perlukan bantuan atau sindiket meraih keuntungan.

Dalam hal inilah masyarakat perlu melihat kembali, adakah sedekah yang diberi itu merupakan pelaburan yang akan memberi keuntungan padanya secara berterusan atau sebaliknya.

Tidak dinafikan mungkin ada yang berkata, “tidak mengapalah, yang penting kita ikhlas untuk memberi”

Namun hakikat yang perlu kita fahami, pemberian kepada yang tidak layak atau sindiket meraih keuntungan atas kelemahan kita, di mana wang sedekah itu tidak dimanfaatkan untuk kebaikan padanya, maka ganjaran pahala sedekah kita hanya diperoleh sekali sahaja atas nama kita memberi padanya.

Sedangkan jika kita salurkan sedekah kepada yang insan yang layak, di mana ia dimanfaatkan untuk kebaikan seperti kepada anak-anak yatim, masjid, sekolah dan sebagainya, sudah barang tentu ganjaran pahala yang kita peroleh akan berterusan.

Inilah pelaburan yang paling menguntungkan. Hanya dengan menginfaqkan sedikit wang contohnya kepada anak yatim yang digunakan untuk membeli alatan pelajaran atau buku, maka selama mana digunakan alatan tersebut selagi itulah manfaat dan ganjarannya kita peroleh, walaupun setelah kita meninggal dunia.

Perbandingannya sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 261, di mana Allah telah memberi perbandingan yang begitu hebat terhadap orang yang bersedekah dengan mafhum Nya,

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia Nya) lagi maha mengetahui.

Justeru itu dalam konteks memberi sedekah, walaupun ini merupakan amalan yang baik dan dituntut Allah S.W.T. dan rasul Nya, namun perlu bijak dan berhati-hati. Bukan bermakna kita tidak boleh memberi tetapi biarlah pemberian sedekah itu memberi manfaat pada kita dan masyarakat sekeliling yang benar-benar memerlukan dan bukan orang yang mengambil kesempatan.

Ini tidak lain, agar orang yang kita bantu itu memperoleh faedah yang besar dari sedekah kita, dalam masa yang sama kita juga memperoleh ganjaran yang berterusan atas pelaburan jangka panjang yang kita lakukan. Jadilah kita pelabur yang bijak dan menguntungkan dalam bersedekah. Wallahu a’lam

______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This