PRN Johor: Ikhtiar BN Johor bukan sekadar janji nak menang undi – Tok Mat

Dari Penulis

IKHTIAR BN Johor merupakan sesuatu yang boleh dilaksanakan dan bukan sekadar janji untuk memenangi hati rakyat.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan tawaran yang mengandungi lima teras itu merupakan usaha BN untuk membangunkan kesejahteraan dan ekonomi penduduk Johor. 

“Ia boleh dilakukan (ikhtiar)… bukan janji cuma nak memenangi hati rakyat, memujuk dan akhirnya kita tak dapat buat, jadi ini semua usaha kita untuk ikhtiar membangunkan semula Johor yang sudah jauh ketinggalan. 

“Johor pernah menjadi peneraju utama dan pertumbuhan ekonomi negara tetapi malangnya selepas 2018, Johor terkial-kial disebabkan oleh ketidaktentuan politik dan ketidakstabilannya,” katanya.

Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Ikhtiar BN Johor di bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, hari ini. 

Mohamad Hasan bersama Hasni Moahamad pada sidang media selepas pelancaran Ikhtiar BN Johor di Johor Bahru hari ini./Gambar FB UMNO Online

Baca: PRN Johor: Bukan janji manifesto, tapi ini Ikhtiar BN Johor

PRN Johor: Bantuan menyeluruh semua golongan tawaran Ikhtiar BN Johor

Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Johor itu berharap, Ikhtiar BN Johor yang dilancarkan hari ini akan disampaikan kepada rakyat Johor sekali gus membantu kerajaan negeri yang baharu nanti untuk terus bekerja dan menstabilkan keadaan politik seterusnya mensejahterakan rakyat.          

Mengenai kempen pilihan raya yang memasuki hari keempat, Mohamad berkata, beliau amat berpuas hati dengan gerak kerja tersusun dan berfokus oleh jentera BN. 

Bagaimanapun, beliau mahu jentera parti meneruskan kerja keras mereka sehingga hari pengundian pada 12 Mac ini bagi memastikan pengundi setia BN mengundi.

“Hari keempat selepas penamaan calon,  saya sendiri telah turun di banyak kawasan dan saya amat berpuas hati… tidak ada isu yang membimbangkan atau boleh mengganggu-gugat perjalanan kempen kita buat masa ini,” katanya. 

Terdahulu, BN melancarkan manifestonya untuk PRN dikenali ‘Ikhtiar BN Johor’ untuk pilihan raya negeri yang menampilkan lima teras utama merangkumi kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk orang muda, membudayakan pentadbiran berintegriti dan melaksanakan reformasi politik.

Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dalam ucapannya berkata kelima-lima ikhtiar itu adalah untuk mencapai dan menyokong matlamat utama BN negeri dalam menjadikan Johor sebuah negeri makmur, didukung naratif politik baharu yang matang serta stabil.        

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This