Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran dua rumah di Sibu

Dari Penulis

TIGA sekeluarga rentung dalam satu insiden kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Bahagia Jaya di Sibu, malam tadi.

Maklumat awal dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak menyatakan mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sima Abdullah, 18, Rashidah Suut, 81, dan seorang lagi mangsa yang belum disahkan identitinya.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon 4 Sibu Janggan Mulling memberitahu Bernama empat lagi mangsa terselamat dalam insiden yang dilaporkan kira-kira pukul 8.12 malam itu.

Katanya, seramai 19 anggota dari dua balai bomba dan penyelamat di sini dikejarkan ke tempat kejadian sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 9.00 malam.

Setakat ini, JPBM masih menyiasat punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This