Tiga lelaki sesat mendaki Gunung Keriang, belum ditemui sehingga malam

Dari Penulis

TIGA lelaki pendaki dilaporkan sesat selepas menaiki Gunung Keriang, dekat Alor Setar pada sebelah pagi dan masih belum berjaya turun atau ditemui pasukan penyalamat sehingga 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan pada 5.25 petang memaklumkan mengenai tiga lelaki tersebut yang tidak menemui jalan turun.

“Rakan kepada tiga pendaki itu hadir di Balai Polis Anak Bukit Dan memaklumkan ketiga-tiganya berjaya dihubungi namun mereka tersesat jalan dan tidak dapat menemui jalan turun dari gunung itu.

“Bomba kemudian dimaklumkan untuk usaha menyelamat dan mengesan tiga lelaki terbabit yang masih diteruskan pada malam ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

BERITA BERKAITAN Sesat cari air terjun, tujuh remaja berjaya dibawa keluar

Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung mangsa terkandas di Gunung Keriang pada 4.59 petang.

Beliau berkata, PGO Kedah mengarahkan dua jentera dari BBP Alor Setar ke lokasi kejadian dan semua mangsa dikatakan mendaki gunung itu dari 6 pagi bersama sekumpulan rakan.

Katanya, komander operasi melaporkan terdapat malim gunung turut membantu dalam pencarian awal sebelum ketibaan pihak bomba, namun gagal mengesan ketiga -tiga mangsa setakat ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This