KES baharu COVID-19 terus mencatatkan rekod tertinggi apabila 33,209 kes dilaporkan semalam.
Menurut laman web COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 441 adalah kes import manakala 32,768 adalah kes tempatan.
Pada masa, 26,352 kes sembuh dilaporkan hari ini dan ini menjadikan kes aktif kini mencecah 305,510.
Baca: COVID-19: 32,467 kes baharu, 231 kes kategori 3, 4 dan 5
Selain itu, kes kematian akibat COVID-19 adalah sebanyak 78 kes dengan 22 kematian di luar hospital (BID).
Pada Khamis, jumlah kematian yang dilaporkan adalah 86 kes.
Berita lanjut menyusul.

